Lepas je mak kata mak masuk hospital balik, terus aku rasa cuak. Haihh teruk sangat nihh sampai banyak kali masuk hospital. Aku ingat bisul biasa jee.
Minggu tu tak tentu arah terus , fikir pasal nak balik. Kelas bertali arus, pagi petang siang malam. HUHU. So aku decide nak balik Sabtu tu jugak walaupun aku ada kelas addmath, yang cikgu selalu cubit kalau tak datang kelas. Kisah apa aku , janji aku dapat jumpa Mommy ku Tercinta !!
Hari Sabtu, kelas Sejarah. Aku mintak keluaq awai. Ya Allah sedihnya, cikgu peluk aku time aku nak balik. Sedih gila. Semua pakat tengok. Kelas time tu kat Bilik Teratai, bilik mesyuarat. Hurmm, aku tak ready nak jumpa mak time tu, Ye lahh , aku manusia paling emo sekali. Mesti aku menangis punyaa. Sedih memang tak tertahan la kann.
Dalam kereta aku menangis,try jadi kuat takut aku termenangis time jumpa mak nanti. YA Allah, lemah gila perasaan aku time tu .
Sampai dekat ward , Mak tersenyum tengok aku. Aku tak sanggup tengok mak dalam keadaan terlantar. Ya Allah, terus mak menangis bila air mata aku jatuh lagi bila aku salam dan cium mak. Ya Allahu Rabbi. Sakitnya Ya Allah.
Mak suruh aku balik, tapi Aku berkeras jugak nak jaga mak malam tu. Aku balik pun sebab nak jaga bukan nak tidoq. HUHU. Malam tu aku cerita macam-macam kat mak.
Open gila aku malam tu, aku cerita pasal crush aku. HIKHIKHIK. cerita punya cerita sampai mak tertido. Kesian mak.
Tidur kat hospital tak selesa langsung. Tapi aku dapat rasakan mak kesian kat aku , setiap masa dia terjaga suruh aku tido tepi dia. Huhuhu.. mak sayang gila kat anak dia ni. Sayang mak kat aku sayang lagi mak dekat abang aku anak first dia. YA Allah ya tuhan. Sayang kami dekat mak kami tak berbelah bahagi langsung. Sayang sangat-sangat.
Keadaan mak memang sadis gila, kencing berak dia, kena ada orang buat. Hurmm. Kesian. First time kot aku buat kerja pembersihan.
Aku baru tau kat hospital semua orang kena bangun awal . seawal 5.30 pagi kot. Macam dok asrama pulak. Tukar baju mak, Lap badan dia. Kesian aku tengok mak.
Pagi tu, doktor datang buka luka dia. Allahu Akbar ! besarnya luka mak.. sakitnya ya Allah nampak isi dalam. Tak sanggup aku nak tengok. Lutut aku terus geletar habis. Lemah sendi-2 aku. Mak tanggung derita. HUHUHU. Sedih aku sebab dapat jaga mak satu malam saja. Lepas tu aku dah kena balik maktab . Sedihnya tinggal mak dekat hospital.
No comments:
Post a Comment