Friday, December 13, 2013

Secantik Bulan Purnama

Pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan tetapi taste lelaki ini cukup tinggi iaitu, dia menginginkan wajah isterinya secantik bulan purnama. oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik bulan purnama maka secara automatiknya talak akan jatuh. maka keluarganya telah memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri peneman hidupnya, orang dulu2 tidak melihat bakal pasangan mereka kecuali pada hari perkahwinannya.

Maka tibalah hari perkahwinan lelaki tersebut, apabila dia melihat isterinya itu, wajah secantik bulan purnama yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan. maka bertemulah lelaki tersebut dengan ulama2 di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritan perkara yang sebenar.

Maka bersidanglah para ulama di dalam negeri tersebut bagi mencari jawapan mengenai kekeliruan yang timbul, setelah bermusywarah beberapa ketika maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh.

Namun hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan talak yang ditaklikkan tidak jatuh, para ulama yang lain kehairanan dan bertanya mengapa berpendapat sedemikian maka ulama tersebut menyebut firman Allah yang berbunyi ''sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" "*
*"KESIMPULANYA: manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik berbanding bulan purnama "*

wanita Solehah

Seorang wanita itu cantik bukanlah kerana
Pandainya dia menghias diri di depan lelaki-lelaki ajnabi,
atau kerana,
Telur gorengnya, adalah telur goreng tersedap di dunia ! 
atau kerana,
Dia adalah pemenang rancangan Salihah dan Gadis Melayu Terakhir,
ataupun kerana,
Dia adalah graduan universiti ! 
Tetapi Wanita yang cantik itu adalah,
Yang taat pada kedua ibu bapanya
Seorang isteri yang pandai mengambil hati suaminya,
Seorang ibu yang berusaha mendidik anak dengan baik,
Seorang perempuan yang bersungguh-sungguh menajaga aurat dan kehormatannya,
Wanita yang cantik itu juga adalah,
Wanita yang giat menyumbang kepada ISLAM,
juga seorang wanita yang,,
Amat mencintai ALLAH dan RASULNYA  !
Kesemua Wanita itu adalah Wanita Solehah yang kecantikannya amat dicemburui BIDADARI SURGA.

credit to : CIK BEAH OHSEM 

There Is No Tomorrow || Time to change Now ||

Oh mankind,
what is there that has caused you to be deceived about your ever Generous Lord?
How can you be deceived ?
What can possibly change this reality , that all of us know?
the only way to attain tranquility through the worship Allah s.w.t, is by turning to Allah s.w.t
is by making Allah s.w.t the ultimate goal and destination,
We all know that, then why is it that we turn away form His path ? Why is it that, this world can seduce us away from His path?

Oh mankind,
what is there that has caused you to be deceived about your Lord ?
has not the time come,
my Dear brothers and sisters,
for our hearts to become soft at the remembarance of Allah s.w.t and at the Quran,
and at hearing about Allah and His Messenger ( Rasullulah s.a.w) has the time not come
that our hearts turn to Allah , and that we become better Muslims,
My dear brothers and sisters,,
How many khutbah's will it takes ? How many lectures must you be told? Dont you understand ? Dont I understand ?
If I dont change now, If you dont change now ..
This is the plot from satan never to change,,

There is no tomorrow, tomorrow never comes, everyday has another tomorrow..
If we keep on saying, tomorrow I'll start praying, tomorrow I'll be a better Muslim,
this tomorrow will never arrive..

My dear brothers and sisters ,
What do you need to convince us, what do we need to convince us ??
Dont you see whats happening in the Muslim Ummah?
Are we blind to the reality of what is going on around us ??
Do you not notice, that the majority of affairs that are occuring deal with us,,
look at the news,,
80% of the news deals with our ummah and what is happening to it ?
has it ever occured to us why ?

Are we not believers of Allah s.w.t?
Are we not worshippers of Allah ? or are we? or are we really and truly believers and worshippers of Allah?

Allah s.w.t. says in the Quran,
that honour , glory and power will always belong to Allah and to His Messenger (saw)
and to the believers, the Mu'minun
Therefore, it is not possible, that the real Mu'minun will ever be humiliated,,
It is not possible My dear brothers and sisters,,
that permanently, the situation will always be in our disfavour,
therefore there is something wrong, we are not doing our job, we are not reaching the level of Iman that is required of us,,
and that is why, we have not reached the level of honour and glory,
that is promised to us as well,

How can we ask Allah to do His part of the contract,
when we dont do our part,
How can we ask Allah for help, when we dont deserve that help,
Do we not realize that this is a wake up call for us,?
What is happening in the Muslim Ummah, Allah is doing it for our sake,
What will Allah gain by punishing you ?
If you believe and thankful to him, If this is the if,
What will Allah gain ? But if you are thankful and have Iman.
in other word if you dont have Iman or you are not thankful, Then Allah Azwajalla must show you the reality

My dear brothers and sisters ,
we simply dont have the luxury of living a care free life,
In fact, we never have such luxury no matter what the ummah is going through, but especially now,
Especially at this time, we simply cant be selfish, we cant of my dun'ya, my money, my wealth, No !

We must think of the ummah, each and every one of us, is responsible to do what we can for the Ummah.
It is my duty and your duty to be better Muslim and that is the best way to revive the honour that this ummah needs ,, that is the best ways to get to the positions , that Allah has promised us,
Oh Muslims ponder over this reality..
Reflect over it for the sake of your family and friends , for the sake of this muslim ummah.
for the sake of your dun'ya and Akhirat, For the sake of your Jannah and Narr..
For the sake of Allah Azzawajalla, each and every one of us , has to change , each and every one of us must set goals to better himself, now not tomorrow , at this point in time , because there is no tomorrow ,,!


Credited to : The Merciful Servant




Cinta High Class

Setiap pasang-pasangan yang ada perasaan sebelum nikah ini ,
sedang berdusta, sedang tak menjadi dirinya yang sebenar,
Jadi kalau kamu bercouple2, berkawan2, 20 tahun sekalipun,,
Kamu takkan kenal dia, yang kamu kenal adalah LAKONANNYA 

Buang masa je kalau kata nak kenal dulu sebelum nikah,
Kita hanya akan mengenal seorang pacar bukan seorang suami,,
Sebab masa kita berkasih kita cuma mencari KEINDAHAN-KEINDAHAN 
Kita cari hanyalah KESERONOKAN,

Masa berkahwin kita kenal dia, kelemahan & kebaikan dia,
Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia,,

Dan Kalau kita bercouple dan berpacaran sebelum nikah ini,
Syaitan akan jadikan 1 MODAL,
Untuk ROSAKKAN rumah tangga kita 

Sebab masalahnya, ada masalah yang diundang,, ada masalah yang tak diundang,,
Yang kita undang ini ialah:
Bila kita sekarang tak setia, bila kita tak ambil ALLAH s.w.t sebagai NO.1 !
Bila kita sekarang sangup mendekati jalan-jalan zina,,
Pasangan kita nanti dok FB suami orang,
Pasangan kita nanti dok FB isteri orang,
JANGAN TERKEJUT !
Kalau ditawarkan cinta kepada kita, yang suka dok puji kecantikan wajah ,
JANGAN TERKEJUT !
Dia menjadi seorang suami yang bermata KERANJANG,,
kalau caranya itu tak meletakkan ALLAH s.w.t NOMBOR 1
Tak takut pada ALLAH s.w.t
Dia sedang persembahkan cinta yang rapuh,,yang sementara,,
dan cinta itu tak membawa bahagia

Tapi kalau kita ambil cinta itu kerana
Akhlak dan Agamanya, kerana ALLAH s.w.t,,
Cinta itu takkan lenyap 

#Credited_to: Ustazah Fatimah Syarha
 — 

Sunday, December 8, 2013

Yeop

             Madie suruh aku update blog. Aku cakap nak update pasal family problem aku an, tapi malas ahh takde mood langsung nak pikior ayat untuk tuu. So, aku nak update pasal ustaz penyejuk hati aku di kala aku tengah baran . Ustaz Yeop, hahaha, Pencetus Ummah. Kalau aku baran aku tengok balik video-video dia.
         
ini dia Ustaz Yeop yang aku adore tu!!! ( Aku tak dapat Aiman Rahman pun takpe , janji aku dapat orang macam ni pun jadi la , hehehe, untung kan )

         Hampa yang tak tengok Mimbar Pencetus Ummah, hampa bukak youtube, tak payah bukak yang lain, satgi cemuih pulak banyak-banyak,,, hampa search yang 'Pencetus Ummah Yeop'

       Wa bet sama lu, korang mesti suka punyeee, sebab the way he presented his tazkirahh, bapak ahh awesome gila. Saluteeee. toink!toink!toink! tuuuuuu, nampak tak, mood tengah marah tadi , tetiba cakap pasal ustaz Yeop terus jadi ceria, hikhikhik. Adakah aku akan jadi macam madihah (KEBA) ? hahaxs


     Takde apa sangat la nak cakap pasal dia, tak leh nak puji over bini dia jadi momok jenuh aku. :D

Friday, December 6, 2013

Madihah Azmi

       Kelmarin, aku baca blog Madihah Azmi,, Hahahaha so cute. Dia cakap pasal aku kot. Huyooo, best gile ahh dia punya blog.

      Kalau nak tahu Madihah Azmi ni dia minat dekat sorang mamat ni, aku rasa ni first lelaki yang dia minat semenjak dia kawan ngn aku la, kalau tak tak habis-habis dengan Justin Bieber dia tu. Aku pun tak faham lah apa yang best sgt dengan JB tu, setakat muka handsome ja pun kan !

    Korang tahu tak dia minat kat sapa, orang yang dia  minat pun bukan calang-calang orang , babe. AKBAR AZMAN, boleh lah dikatakan jejaka idaman selain AIMAN RAHMAN(my love). HAHAHA..Dia dah macam angau , tak habis-habis nak stalk si Keba tu , dari instagram, twitter, blog, tak cukup lagi google pulak,, wahhhh ewahhhh !! ini sudah dahsyat tahap jahanam,, aku minat dekat Aiman takde lah sampai tahap gituuu. Nampok benorr dia angau kan tapi taknak ngaku.

   Aku kenai dia lama dah time jadi LDP tim Form 2 tapi tak penah cakap pun sampai lahh Form 4 , lepas dia selalu cube aku. haiyaaa maa, sombong nak mampos. Elehhh, nak lawan dengan aku, aku rasa dia sombong lagi tu,, ada hati tuuuu kutuk aku dekat blog diaa. Aku pun boleh lahhhh *sambil cekak pinggang*
HAHAHHAA,

    Banyak gak la pasal dia aku tahu, tapi aku musykil gila pasal lelaki yang Fina dengan Wati cakap tu 'Rizal' . Sapa Rizal. Dia tak open ahh pasal Rizal ni. Diorang ni ada something special kee ? Gila kau tak musykil asal aku ejek dia dengan si Rizal kawan dah jadi gaya macam Singa tertelan NILA dah aku tengok. Marah betul, merajuk lagi tu. Aku dah la fail bab memujuk ni. Last-last aku tak ejek ,, tapi kadang-kadang nak cari pasal tu aku ejek jugokkk, HAHAHHAHAH

      Banyak pulak aku nak tulis. Bagi aku manusia ni rajin jugok lerrr. Dia pandai masak kot. Aku setakat masak nasi lepas la der. Untung laa pandai masak . HUKHUKHUK

     Result exam dia selalu gempak,, tu yang best tu, soalan apa aku taktau, aku bedal tanya dia jeee,, takyah gi jauh-jauh tanya orang kan. HAHHAHHA... Bijak orangnyee *bangga sat* LOL

     Pagi-pagi sebelum gerak gi kelas , dia selalu memanggil aku. Dan aku lah manusia yang akan jerit 'PERGILAHH DULU' , maklum lahh tuan puteri, semua lambat. HAHAHAAH. Aku roll-call pagi pun tak pi, roll-call time aku buat masa aku untuk bersiap , pakai tudung , menyegak dan sebagainyaa.

     Dan paling teruk sekali,, bila petang isnin khamis kan makan ayam, kadang tu aku janji nak turun makan katanyaa. Dia kejut aku makan,, last-last aku kata 'TAK NAK' . ceyyy tadi aku yang beria-ria. Nampak tak ,, sabar kan orang dia ?? Kalau aku jenuh aku paksa sampai titisan darah terakhir. HIKHIKHIK

  Madie jugak seorang yang anak manja. Nama je anak first tapi manja melebihi overdose aku yang anak last ni. Apa jadahnyee lahh. Kalau boleh setiap hari nak balik umah. Kita asrama penuh la dik, HHAHHA =,=

  Yang tu je kott, nanti kang ngamuk pulak kalau dia baca nihh,, Bhahaa.. kena kutuk bhaiii . Chiaooooooo :*
   

Wednesday, December 4, 2013

Botol Ketakutan

Asyik meluah perasaan saja. So, dah over stressed dan dah bosan asyik fikirkan masalah .
So, here , I got something to show you.!! Teknik ' Botol Ketakutan' - dipetik dari Majalah Solusi ( tak salahkan nak kongsi Ilmu )

Kaedah ini digunakan untuk membuang ketakutan yang ada dalam pemikiran, emosi dan tindakan anda.

Langkah-langkah :
1. Sediakna botol kapsul kosong di hadapan anda.

2. Duduk dengan tenang di kerusi recliner. Jika tiada, anda boleh duduk atas kerusi biasa dengan kedudukan badan L-shape (90 darjah)

3. Pandang botol itu dan pastikan penutup botol itu telah dibuka. Kemudian,pejamkan mata anda secara perlahan-lahan. Bagus. Rasakan diri anda dalam keadaan yang selesa.

4. Sekarang anda bernafas dengan tenang. Anda mula menyebut angka dalam hati anda secara perlahan-lahan....

  100.. ..Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
   99..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
   98..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...Bagus..
   97..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
   96......Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
   95..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...Bagus
   94......Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
   93......Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang... Bagus

5. Bayangkan ketakutan yang anda alami. Cari di bahagian mana ketakutan itu berada. Apakah di bahagian kepala ? bahu ? tangan ? perut? kaki?

6.Ambil perlahan-lahan ketakutan itu dan masukkannya ke dalam botol "katakutan" tersebut.

7. Tarik lagi ketakutan di bahagian yang anda rasa takut itu. Dan masukkan ketakutan itu di dalam botol tersebut. Ada lagi ketakutan itu?

8. Jika tiada, buka mata anda sebentar. Lihat botol di hadapan anda . Anda tutup botol itu. Kemudia, pejamkan kembali mata anda .

9. Anda membuang ketakutan anda dalam botol itu, kini botol itu penuh dengan tenaga negatif. Anda perlu membawa botol yang mengandungi tenaga negatif itu ke tandas. Buka penutup botol itu dan tuang tenaga tersebut ke dalam mangkuk tandas.

10. Perlahan-lahan buka mata. Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda sehingga panas dan tekapkan ke pipi anda . Bagaimana perasaan anda selepas melalui terapi ini ? Anda sendiri yang merasainya.


Dengan berkat pertolongan daripada Allah s.w.t . In Shaa Allah .Waallahualam :)