Saturday, November 30, 2013

Sorrowful Day.

      Dah habis cuti aku pun balik. Risau gak aku, takde orang nak tengok kan dia Isnin minggu depan, Aku suruh abah upahkan orang gaji. Tapi mak taknak. Tiap-tiap malam jadi kewajipan untuk aku la kan nak call mak. Haiyaa, gila kau tak call kekasih hati dalam sehari, naik gila aku nanti.

      Sabtu Malam Ahad, aku tak turun surau pun. Aku ada kat atas, aku call mak aku. Time tu hujan. Mak kata akak dan kak ipar aku dah beli bunga untuk graduasi aku. semangat betul mak. Mak kata cantik sangat-sangat. Mak yang belikan, tapi dia takde kudrat nak pegi beli dia suruh akak je :'(

       Mak, terima kasih sangat-sangat. I love you so much. Sedih an setiap kali mak call , mak panggil aku sayang . Mak, sayang adik untuk sangat-sangat tak dapat tanding dengan apa-apa. Bunga tu adik simpan sampai bila dan takkan rosakkan.

       Hari Ahad balik Gemilang, hurm rindu kat mak rasa nak balik, tapi agak la kan baru je balik, nak balik lagi. So aku call lagi. Tapi abah yang angkat. Jantung mula berdegup macam bullet train.
  Abah cakap, "kalau abah cakap jangan  terkejut tau,, mak masuk hospital balik" Allahu Akbar, Astaghfirullahaladzim, dugaan apa lagi Ya Allah . Aku tak kuat lagi, kenapa jadi macam ni. Kenapa aku jaga mak sihat elok ja, kenapa baru aku balik beberapa hari mak dah sakit balik. Ya Allah dosa apa yang aku buat Ya Allah sampai Kau uji aku sehebat ini Ya Allah.
 aku terus letak telefon, Air mata rembes keluar tak berhenti lepas tu. Dugaan untuk sangat kuat . Ya Allahu Akbar. Tertidur . Diorang suruh aku pegi hospital tapi aku taknak, aku tak sanggup.

          Bangun je dah maghrib. Mandi solat semua. Ya Allah! mak aku ada kat hospital. Jaga lah dia, moga dia dalam keadaan baik-baik saja. Solat hajat mengiringi kesedihan aku, memang aku taktau nak buat apa. Aku buntu. Aku taktau keadaan mak sebenarnya. Memang dalam sujud aku , Aku hanya meminta mak sembuh. Hanya Allah yang mampu.

         Pergi prep dalam kepala serabut dengan masalah. Jiwa tak keruan, separuh jiwa aku hilang. At last aku tak tau nak luah kat sapa, aku pergi kat Fazlin. Aku cerita semua pasal mak, apa yang dia cakap doa time Raya Aidiladha. Aku dah tak kisah nak menangis depan orang semua, aku menangis , aku lepas semua. Sakit sangat aku rasa masa tu. Husna dengan Fazlin bagi nasihat dekat aku time tu. Memang menangis teruk sangat-sangat :( mak je sumber kekuatan aku. Cinta dan Sayang adik tak pernah pudar untuk mak :)

No comments:

Post a Comment