So, here , I got something to show you.!! Teknik ' Botol Ketakutan' - dipetik dari Majalah Solusi ( tak salahkan nak kongsi Ilmu )
Kaedah ini digunakan untuk membuang ketakutan yang ada dalam pemikiran, emosi dan tindakan anda.
Langkah-langkah :
1. Sediakna botol kapsul kosong di hadapan anda.
2. Duduk dengan tenang di kerusi recliner. Jika tiada, anda boleh duduk atas kerusi biasa dengan kedudukan badan L-shape (90 darjah)
3. Pandang botol itu dan pastikan penutup botol itu telah dibuka. Kemudian,pejamkan mata anda secara perlahan-lahan. Bagus. Rasakan diri anda dalam keadaan yang selesa.
4. Sekarang anda bernafas dengan tenang. Anda mula menyebut angka dalam hati anda secara perlahan-lahan....
100.. ..Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
99..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
98..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...Bagus..
97..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
96......Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
95..... Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...Bagus
94......Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang...
93......Saya tenang .... saya semakin tenang.... saya semakin tenang... Bagus
5. Bayangkan ketakutan yang anda alami. Cari di bahagian mana ketakutan itu berada. Apakah di bahagian kepala ? bahu ? tangan ? perut? kaki?
6.Ambil perlahan-lahan ketakutan itu dan masukkannya ke dalam botol "katakutan" tersebut.
7. Tarik lagi ketakutan di bahagian yang anda rasa takut itu. Dan masukkan ketakutan itu di dalam botol tersebut. Ada lagi ketakutan itu?
8. Jika tiada, buka mata anda sebentar. Lihat botol di hadapan anda . Anda tutup botol itu. Kemudia, pejamkan kembali mata anda .
9. Anda membuang ketakutan anda dalam botol itu, kini botol itu penuh dengan tenaga negatif. Anda perlu membawa botol yang mengandungi tenaga negatif itu ke tandas. Buka penutup botol itu dan tuang tenaga tersebut ke dalam mangkuk tandas.
10. Perlahan-lahan buka mata. Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda sehingga panas dan tekapkan ke pipi anda . Bagaimana perasaan anda selepas melalui terapi ini ? Anda sendiri yang merasainya.
Dengan berkat pertolongan daripada Allah s.w.t . In Shaa Allah .Waallahualam :)
No comments:
Post a Comment