Friday, December 13, 2013

Secantik Bulan Purnama

Pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan tetapi taste lelaki ini cukup tinggi iaitu, dia menginginkan wajah isterinya secantik bulan purnama. oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik bulan purnama maka secara automatiknya talak akan jatuh. maka keluarganya telah memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri peneman hidupnya, orang dulu2 tidak melihat bakal pasangan mereka kecuali pada hari perkahwinannya.

Maka tibalah hari perkahwinan lelaki tersebut, apabila dia melihat isterinya itu, wajah secantik bulan purnama yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan. maka bertemulah lelaki tersebut dengan ulama2 di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritan perkara yang sebenar.

Maka bersidanglah para ulama di dalam negeri tersebut bagi mencari jawapan mengenai kekeliruan yang timbul, setelah bermusywarah beberapa ketika maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh.

Namun hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan talak yang ditaklikkan tidak jatuh, para ulama yang lain kehairanan dan bertanya mengapa berpendapat sedemikian maka ulama tersebut menyebut firman Allah yang berbunyi ''sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" "*
*"KESIMPULANYA: manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik berbanding bulan purnama "*

No comments:

Post a Comment